VIDEO USTAZAH DI BUNUH DENGAN KEJAM DI FITNAH BAKAR AL-QURAN!

Video guru agama dibunuh kejam selepas difitnah membakar Al-Quran. Guru agama tersebut Farkhunda 27 tahun, dibelasah orang ramai sebelum mayatnya dibakar di tebing Sungai Kabul.

Seramai 49 orang ditahan selepas kejadian itu termasuklah 19 anggota polis apabila ada antara mereka dirakamkan hanya memandang ketika mangsa diserang.

Walau bagaimanapun, sebelas anggota polis Afghanistan telah dipenjarakan semalam selama setahun, kerana gagal melindungi seorang guru agama wanita yang mati dibunuh orang ramai selepas beliau difitnah membakar Al-Quran.

#Hakim menjatuhkan hukuman, empat lelaki dihukum mati dan lapan lagi dipenjara 16 tahun pada 6 Mei lalu kerana pembunuhan kejam terhadap guru agama, yang disiarkan secara langsung rangkaian televisyen Afghanistan.............

#Akibat daripada kecuaian dalam melaksanakan tanggungjawab, hakim memerintahkan anggota polis tersebut dipenjarakan selama setahun.............

#Punca tragedi itu berlaku selepas Farkhunda menegur seorang penjual tangkal yang mengamalkan syirik kerana menjual tangkal.................

#Walau bagaimanapun, penjual tangkal tersebut memfitnah guru agama tersebut dengan mendakwa dia membakar senaskhah Quran............

#Orang ramai yang percaya dengan kata-kata si penjual tangkal tersebut, terus membelasah dan membunuh guru agama tersebut dengan kejam sekali............

#Rakaman pembunuhan kejam itu mula tersebar meluas di Internet dan laman-laman sosial..........

#Pembunuhan Farkhunda mencetuskan bantahan di seluruh Afghanistan selain menarik perhatian dunia kerana layanan buruk terhadap wanita di negara itu.............

#Walau apapun, perbicaraan kes ini mendapat pujian kerana diselesaikan dengan cepat. Itulah yang dapat aku kongsikan mengenai, Video Guru Agama Di Bunuh Kejam Selepas Difitnah.............




0 comments:

Post a Comment